Permohonan dan Kemaskini BRIM 2018

Assalamualaikum, dalam pembentangan Bajet 2018 pada Oktober lalu kerajaan bersetuju masih meneruskan pemberian BRIM 2018. Melihat kepada pemberian BRIM 2017 telah mendapat perhatian dan respon yang baik kepada rakyat marhaen.

Kadar inflasi dan tahap ekonomi individu serta keluarga seisi rumah perlu dipertingkatkan dan diperkukuhkan. Tidak hanya mengharapkan bantuan semata-mata, tapi kalau bantuan dihulurkan kita tetap perlu menyambutnya dengan baik.


Perlaksanaan BRIM 2012 - 2018

Pendaftaran dan Kemaskini BRIM 2018


Permohonan dan Pengemaskinian BRIM 2018

Permohonan baru adalah perlu bagi mereka yang belum pernah memohon. Selain itu juga, pasangan kepada penerima BRIM 2017 yang telah meninggal dunia atau bercerai. Ini juga penting buat pemohon yang gagal atau tidak layak dalam permohonan BRIM sebelum ini.

Kemaskini maklumat pula perlu sekurang-kurangnya sekali dalam tempoh 3 tahun permohonan. Kemaskini juga perlu jika terdapat perubahan maklumat peribadi seperti kematian pasangan atau tanggungan. Selain itu juga perlu jika ada perubahan status perkahwinan, perubahan alamat atau nombor telefon dan perubahan waris.


Maklumat Yang Diperlukan Untuk Kemaskini

Berikut adalah 6 maklumat penting yang perlu bagi proses mengemaskini BRIM 2018 ini:
  1. Status perkahwinan - kahwin, cerai atau kematian pasangan (perlu nyatakan juga tarikh perceraian atau kematian pasangan.
  2. Alamat surat menyurat terkini dan juga emel.
  3. Nombor telefon bimbit dan rumah jika ada.
  4. Maklumat akaun bank penting untuk pembayaran.
  5. Maklumat pasangan dan tanggungan - perlu pastikan maklumat nombor pengenalan seperi myKad, myPR, myKAS, myKID, Passport dan Visa serta Sijil Lahir.
  6. Maklumat waris - perlu jika waris asal yang dinamakan telah meninggal dunia ini bagi membolehkan waris membuat tuntutan SKK dan baki BRIM.

Dokumen Sokongan Penting

  • SSM - iaitu bagi pemohon dan pasangan yang mempunyai pendaftaran perniagaan dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM), perlu kemukakan salinan

    Penyata pendapatan perniagaan tahunan 2017 atau

    Penyata akaun bank perniagaan/persendirian (Akaun semasa/simpanan) bagi 3 bulan terkini tahun 2017 atau

    Pengesahan penamatan / pembubaran perniagaan yang dikeluarkan oleh SSM mulai 1 Oktober 2017.


  • Kewarganegaraan - MyPR / MyKAS / Sijil Lahir yang dikeluarkan oleh Jabatan Pendaftaran Negara atau dokumen perjalanan seperti passport dan Visa bagi pasangan atau tanggungan bukan warganegara Malaysia.
  • Kematian atau Perceraian - Salinan sijil perceraian atau kematian pasangan yang dikeluarkan oleh Jabatan Agama Islam Negeri atau Jabatan Pendaftaran Negara bagi pemohon berstatus Ibu Bapa Tunggal atau balu atau janda atau duda.


9 Sebab Permohonan BRIM Gagal

Pemohon dan penerima BRIM perlu kemaskini maklumat peribadi mereka jika ada perubahan. Berikut adalah faktor permohonan BRIM gagal:
  • Maklumat tanggungan yang tidak tepat.
  • Tiada maklumat pasangan bagi pemohon berstatus kahwin.
  • Memohon lebih dari satu kali seperti suami dan isteri buat permohonan berasingan.
  • Tidak menyertakan dokumen pengesahan status perceraian atau kematian pasangan.
  • Pelayar yang layak menerima Kad Debit Diskaun Siswa 1Malaysia.
  • Tidak melaporkan pendapatan bagi yang bekerja sendiri dan yang makan gaji.
  • Pemohon yang menetap atau bekerja atau belajar diluar negara.
  • Penerima BRIM 2015 yang tidak mengemas kini bagi tempoh 3 tahun.
  • Maklumat peribadi tidak tepat seperti nama dan nombor kad pengenalan dan status perkahwinan.

Agensi Terlibat Semakan Kelayakan BRIM

Berikut adalah beberapa agensi yang terlibat dalam proses permohonan, semakan, verifikasi dan kelulusan kelayakan BRIM 2018 anda:
  1. Jabatan Pendaftaran Negara
  2. Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia
  3. Jabatan Akauntan Negara Malaysia
  4. Angkatan Tentera Malaysia
  5. Kumpulan Wang Simpanan Pekerja
  6. Kumpulan Wang Persaraan
  7. Suruhanjaya Syarikat Malaysia
  8. Jabatan Pengangkutan Jalan
  9. Jabatan Agama Islam Negeri
  10. Kementerian Pendidikan Malaysia
  11. Kementerian Luar Negeri

Jadual Pembayaran BRIM 2018

Pendaftaran dan Kemaskini BRIM 2018

Kategori 1 - Individu yang berpendapatan bulanan RM2,000 dan ke bawah.
  • Februari - RM450
Kategori 2 - Isi rumah berpendapatan bulanan RM3,001 - RM4,000.
  • Februari - RM300
  • Jun - RM300
  • Ogos - RM300
Kategori 3 - Isi rumah berpendapatan bulanan RM3,000 dan ke bawah.
  • Februari - RM400
  • Jun - RM400
  • Ogos - RM400

Buat semakan dan kemaskini BRIM 2018 > https://ebr1m.hasil.gov.my/

Pendaftaran dan Kemaskini BRIM 2018

{ 12 comments.. read them below or add one }

Shafyqah Azry Shafyqah Azry December 01, 2017
mula mula ingt yang individu nak naik 50 ke jadi rm500 :p tapi tak haha . yay sha dah kemaskini!
Ana Suhana Ana Suhana December 01, 2017
niat hati nak apply brim sebab dah tak keje sekali tak layakk...:)
jadi update kan profile untuk ayah je. kita tumpang sekaki je lah minta belanja kfc. yelah makin lama makin naik duit brim tu kan.
iffah hussin iffah hussin December 01, 2017
Bagus info ni... siapa yang layak boleh memohon dan follow step up date dekat sini.
Amanda Suria Amanda Suria December 01, 2017
Bagus betul perkongsian..sygnya dh 3 tahun x layak dpt Brim
.kata isi rumah gaji 4k ke bawah..gaji akak 3k++ dikatanya x layak...dh 2 kali mohon dh..sblom2 tu ok je
Rabiatul Adawiyah Rabiatul Adawiyah December 01, 2017
Sejak register SSM untuk Syarikat yang tak aktif Gara-Gara viral semua perniagaan online kena daftar SSM. Terus la tak dapat BR1M. Good luck utk semua pemohon. Hehe
Fadzi Razak Fadzi Razak December 01, 2017
Bagus ni bagi mana yang tak tau. Tapi saya tak layak dapat. Berhuhu je la
Cindy Tong Cindy Tong December 02, 2017
wow thank la for sharing...din know about this BRIM sangat...sekarang dah clear ni i nak apply jugak la...
JMR JMR December 02, 2017
sedikit sebanyak dapat membantu mengurangkan beban rakyat..jgn lak dpt RM1200 tu, ada yang gi beli OPP0 F5 lak hehe
alia farhan Said alia farhan Said December 02, 2017
Huuu...xpernah dpt...xpa lah...semoga mereka2 yg dpt ni dpt faedah dari duit BR1M ni
Maha Mahu Maha Mahu December 02, 2017
Kesedihan berganda dahlah harga minyak naik kita kena bayar sendiri pastu tak dapa BR1M lak waaaaaaaa...
Bro Framestone Bro Framestone December 02, 2017
Tak pernah apply BR1M nie, walaupun kenkadang rasa macam layak je hahahah
Etuza Etuza Etuza Etuza December 06, 2017
Sila tua dan puan kemas kinikan BRIM besar tu rezeki..jangan melepas, saya kira paling lengkap informasi dalam laman ini.