7 Tips Usahawan Kecil Berjaya

Bergelar sebagai seorang usahawan kecil bukan bermakna berada di bawah selama-lamanya, mereka mampu melonjakkan diri ke peringkat seterusnya jika usaha, motivasi diri dan keteguhan dalam diri utuh berpanjangan. Bidang usahawan sememangnya tinggi ujian dan cabaran, daya tahan seseorang itu sendiri menentukan keberhasilan dalam bidang mereka.

Untuk menjadi usahawan juga kita perlu bermula dari perkara kecil dan dari bawah. Usahawan yang berjaya ialah berjaya mengatur perniagaannya daripada mula hingga akhir. Sehinggalah ia menjadikan perniagaannya 'auto-pilot' sebagai pemilik perniagaan.


7 Tips Usahawan Kecil 

Segala jenis tips dalam bidang usahawan adalah bermulanya dengan Target Perniagaan itu sendiri, gagal untuk fokus pada target perniagaan bermakna gagal lah dalam perniagaan. Ini adalah merangkumi:

  • Visi Perniagaan
    • Ya, walau dalam usahawan kecil sekali pun meletakkan visi perniagaan itu perlu bagi merancang  perniagaan kita dalam bentuk jangka masa lama, kerana untuk berjaya bukannya dalam masa yang singkat.
    • Tetapkan apa dan di mana skop perniagaan kita akan berada pada masa akan datang. Jangan fikir hanya untuk jangka masa pendek sahaja.
  • Misi Perniagaan
    • Ia adalah perlu bagi merealisasikan visi dan matlamat perniagaan kita.
    • Merangkumi plan cara pelaksaan dan membuktikan identiti perniagaan kita.
    • Bersifat langkah jangka masa panjang.
  • Objektif Perniagaan
    • Ia adalah langkah jangka masa pendek.
    • Perlu dilihat lebih spesifik, realiti, boleh capai dan berdasarkan jangka masa yang ditetapkan.
  • Mengorganisasikan perniagaan
    • Langkah ini adalah penting bagi mencapai matlamat secara strategik.
    • Ini adalah termasuk membahagi-bahagikan skop pekerjaan berdasarkan kepakaran masing-masing, penyusunan bidang tugas yang senang dituruti dan sejajar dengan matlamat yang ingin dicapai.
    • Jika anda sebagai pengusaha atau pemilik utama perniagaan anda, anda perlulah memainkan peranan sekuatnya dalam menguruskan organisasi perniagaan.
  • Tidak meletakkan target terlalu besar
    • Tidak salah untuk memperluaskan bidang keusahawanan kita, namun perlulah difikirkan dari segi sumber yang kita ada dan kemampuan terkini.
    • Jika baru sahaja bermula, perlu berupaya menyerap sebanyak mungkin pengalaman, jatuh bangun dalam bidang perniagaan.
    • Bila kedudukan sudah berada di tahap stabil, barulah wajar untuk kita meneruskan ke peringkat seterusnya.
    • Ingat dalam perusahawanan tiada had limit bagi seseorang untuk terus menceburkan dirinya ke arah lebih nasional dan antarabangsa.
  • Sertai Kursus dan Seminar
    • Ilmu dan pengalaman seiringan berganding, pengalaman boleh dijadikan ilmu namun ilmu belum tentu boleh dijadikan pengalaman.
    • Menyertai kursus dan seminar adalah merupakan intipati terbaik buat yang mahu betul-betul berjaya.
    • Dalam seminar dan kursus, pendedahan mengenai proses, langkah-langkah, plan tindakan balas dan berbagai lagi ilmu dalam bidang keusahawanan didedahkan sebagaimana dianjurkan oleh agensi-agensi kerajaan dan juga individu yang sudah menjadi ikon dalam bidang perniagaan.
    • Memantapkan pengetahuan dalam ilmu perniagaan dan keusahawanan bakal meningkatkan peluang untuk meletakkan dirinya dalam pasaran perlumbaan perniagaan yang sama jenis dengannya.
  • Plan Promosi Strategik
    • Hari ini, mempromosikan produk perniagaan tidak lagi menjadi permasalah utama, dimana jika terdahulu hanya media elektronik perdana saja berperanan besar.
    • Usahawan kecil dilihat juga telah mengubah plan pemasaran mereka dengan mengambil inisiatif menggunakan rangka 'dunia tanpa batasan dan dunia dihujung jari' semaksima mungkin.
    • Memasarkan produk-produk di medan internet lebih praktikal dan agresif hasil jualannya kerana peratusan penggunaan internet seharian hampir melebihi 10 jam daripada 24 jam seharian.
    • Ada juga dikalangan pemula menggunakan Networking sebagai plan promosi yang strategik.
    • Ini dapat membantu penyebaran mengenai kewujudan produk mereka dengan cepat dan berkembang pesat.

7 Tips Usahawan Kecil Berjaya

Usahawan Kecil Berjaya

Usahawan kecil yang berjaya mempunyai semangat yang besar dan teguh untuk meletakkan kuasa perniagaan mereka di tempat pasaran. Musuh utama untuk gagal adalah diri sendiri, motivasi terbaik amat diperlukan bagi melawan segala cas negatif.

Tidak perlu melabelkan diri dan perniagaan mereka kecil, kerana dalam perniagaan peluang untuk ke arah lebih besar itu ada.

Memperkenalkan produk atau idea terbaru bakal memberikan impak positif paling besar dan menguntungkan buat usahawan, mereka dilihat sebagai seorang yang kreatif dan ada usaha untuk lebih kedepan dan maju dengan cepat.

Segala perancangan target, plan kewangan, organisasi, pemasaran dan hasil pulangan perlulah diuruskan dengan baik bagi memastikan kewangan perniagaan sentiasa hidup dan berjalan.

Andai kata kegagalan berlaku,tidak seharusnya berputus ada dengan berhenti terus dari perniagaan mereka akan tetapi mengubah beberapa strategi bagi memperbaiki kelemahan yang ada.

Sebagai usahawan beragama Islam haruslah ingat segala perancangan perniagaan dibuat adalah ditentukan terjadinya atau tidak oleh Allah SWT, oleh itu sentiasalah berdoa dan amalkan solat Dhuhaa sebagai perancangan strategik kita dengan Tuhan agar memberkati segala usaha dan kerja kita.



{ 7 comments.. read them below or add one }

Amanda Suria Amanda Suria December 16, 2017
Bagus tips ni..patut di applikasikan oleh peniaga2 kecil atau mereka yang baru naknberjinak-jinak dalam dunia perniagaan...
✿Cik Cappuccino Latte ✿ ✿Cik Cappuccino Latte ✿ December 16, 2017
Bukan senang nak jadi usahawan kecil yang berjaya, tips- tips dan langkah-langkah perlu dititik beratkan .berniaga juga kena ada strategi,kena da target barulah kita tahu dimana tahap kita berada sekarang
dboystudio dboystudio December 16, 2017
tips yang menarik untuk peniaga2 kecil.. ingat lagi guna system 4p untuk perniaga contoh awal basic dalam perniagaan.
Ana Suhana Ana Suhana December 16, 2017
Peekongsian yang sangat padat untuk sesiapa yg bercadang untuk ceburkan diri sebagai usahawan. Dalam banyak2 point tu yang selalu orang lepas pandang ialah bab organisasi tu. Ramai yang tak praktik kan sebab beranggapan perniagaan mereka kecil. Tp kalau mereka pernah attend seminar pasti semua point di atas ada ditekankan.
Cik Ash Cik Ash December 16, 2017
Pengkongsian yang sangat bagus untuk yang mana ingin menjadi usahawan kecil yang berjaya di masa akan datang.. Tips yang diceritakan sangat mudah difahami..
Cahaya Hayati Cahaya Hayati December 16, 2017
Perkongsian yang sangat bermakna bagi saya yang baru berjinak dengan bisnes kecil kecilan ni. In sha Allah saya akan cuba praktikkan tips ini.
shamiera osment shamiera osment December 19, 2017
Sebagai usahawan kecil yg masih tak berjaya sy mmg kena praktiskan lg tips2 di atas ni..tq sharing ya!